RSS

Followers

Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Kerja Kosong


Hurm...malas betul nk update blog..tah nape..agak bz and moody sket sejak dua menjak ni..sume malas..malas nk bercakap..malas nkupdate blog...yang rajin nye cume rajin buat extra money..
Org yang xpaham..sure think -ve...so kalo korang think -ve...itula yang korang dapat..but if korang think +ve..so +ve jugak la hasilnya kan..

Bila kita buat extra money x semestinya untuk berjoli katak smp xhengat nk buat aset..so target aku skang utk kumpulkan aset and tuko keta..haa...yeke...isk....hopefully..lgpon kete aku pakai skang abes bayar thn ni..so aku dh bebas dari hutang keta..yahooo....biarla org kata ape..nk pandang rendah ke perli ke ape...aku tau ade sesetengah yg perli dengan kebolehan aku...takpe..org macam tu kita perlu tinggalkan...cz x mendatangkan untung...kita hanya perlu stick pada org yang leh terima kita kerana Allah...kerana bila ade sesuatu buruk terjadi pd kita..dia tetap stick ngan kita cz semuanya kerana Allah..

Panjang lebor plak bersyarah...haaa sejak due menjak..sejak jadi gang depa ni..aku makin rajin menolong kawan2 supaya sama buat income lebey..yela memula income lebih...last2 tinggalkan kje skang..concentrate yang tu,..aku ckp berdasar fakta...kawan aku skang dh buktikan pd aku..and aku pon skang jd biz partner die...hehhee...wish me luck..

Eh xkan nk wish aku je dpt luck..korang xnak dpt luck macam aku ker? kalo dpt extra money 5k sbulan ckup ke? mcm xckup kann..so same2 kita usaha ke arah menaikkan extra money kita tu menjadi lebih banyak...hurm...maybe up to 60k...ish...org kata gila la smp mcm tu...hish....xde yang mustahil...aku dh buktikan...

Ha ni aku nk bgtau sapa ada member yg nak kejer 8 hari sebulan, cuti 21 hari sebulan dengan gaji rm5k sebulan? klu ada, buzz me ASAP!!! tinggal 3 jer kosong lagi... sapa cepat dia dpt...email to anna_fiera81@yahoo.com / sms to 012 3204518 untuk sesi pemilihan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semakan Panggilan Kedua MTeST bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Jun 2010

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Ujian MTeST Panggilan Kedua akan diadakan. Semakan Keputusan Panggilan Kedua Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat mulai pada 23 Mac 2010 (Selasa) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .
Calon berjaya akan menduduki ujian MTeST pada 27 Mac 2010 (Sabtu).

Hebahan melalui mySMS akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

http://www.moe.gov.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semakan Panggilan MTeST KPLI Jun 2010

Semakan Panggilan MTeST bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Ambilan Jun 2010

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat mulai pada 9 Mac 2010 (Selasa) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .

Calon berjaya akan menduduki ujian MTeST pada 13 Mac 2010 (Sabtu).

Semakan melalui mySMS boleh dibuat dengan menaip MOE MTEST dan hantar ke 15888.

Sekian, terima kasih.

Source From Website KPM

Latest info as at today, 22 Mac 2010, esok akan ade semakan untuk panggilan kedua ujian Mtest. Untuk maklumat lanjut sila ke Semakan Mtest Panggilan kedua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT-SABK) 2010

Semakan keputusan Temuduga Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) :
-->Emoe SABK

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
http://www.moe.gov.my

Source From My Adha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Calon Mohon KPLI Perlu Ada Ijazah Pengkhususan Dalam Subjek Diajar

Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Asariah Meor Sharuddin.

Beliau berkata syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, pada Selasa.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam.

"Kita mungkin akan membuat dua kali pengambilan iaitu pada Januari dan Julai seperti yang kita buat pada tahun lepas. Namun ia berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat pengurangan barulah kita akan buat pengambilan," katanya.

Beliau berkata pemilihan calon juga akan mengambil kira keperluan kawasan asal pemohon berkenaan bagi memastikan pemohon yang layak akan kembali bertugas di negeri masing-masing.

"Contohnya kalau ada keperluan di Sabah dan Sarawak, maka kita beri keutamaan pada calon tempatan kalau mereka penuhi syarat," katanya.

(Sumber: Bernama - 19/1/2010 - 18:29pm)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KPLI Jun 2010

PENGAMBILAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) & KURSUS PERGURUAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM) JUN 2010

- Permohonan KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) & KURSUS PERGURUAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 bermula dari 8 Februari sehingga 21 Februari 2010 (KPLI) dan 28 Mac 2010 (KPLSPM).

- Untuk maklumat lanjut sila layari kpli

PENGAMBILAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DPLI) bagi lepasan ijazah akan dibuka semula pada 1 MAC 2010

Eii...ade lagi..ingat dah takde...aku nk cube lagi nasib...mintak2 la dapat kali ni...Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hot Promo