RSS

Followers

Mayat bayi dibakar dalam tong

Fiza nak share pasal berita yang menyayat hati..walau dah lmbt sket post..tp ttp nk post cz rasa xpuas hati and sedey sgt ade org mcm ni..Sungguh tak berhati perut..


Bahagian anggota badan, kaki terpisah ditemui rentung dalam bekas sampah MDK

KUALA KRAI: Tidak berperikemanusiaan! Inilah selayaknya menggambarkan perbuatan kejam berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan, yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDK), di belakang sebuah bank, di Jalan Tengku Zainal Abidin, semalam.

Lebih menyayat hati, biarpun bayi berkenaan cukup sifat, namun keadaan mayatnya cukup mengerikan apabila bahagian anggota badan dan kakinya ditemui dalam keadaan terpisah dalam tong sampah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani, berkata pihaknya menerima laporan pekerja MDKK pada jam 11.25 pagi semalam yang menemui mayat seorang bayi berada di dalam tong sampah berkenaan ketika melakukan rutin hariannya di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan, dipercayai mayat bayi itu dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti.

"Pekerja terbabit segera memaklumkan kepada anggota polis yang membuat rondaan bermotosikal apabila ternampak mayat bayi terbakar. Bayi itu dipercayai berusia satu hari berdasarkan uri dan tali pusat masih ada pada badan bayi itu.

"Bayi itu hangus daripada pinggang ke bawah dan berdasarkan maklumat diterima, pihak kami percaya tong berkenaan dibakar sejak pagi semalam (kelmarin) bertujuan menghapuskan bukti," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, semalam.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya, sama ada dibunuh sebelum ataupun selepas kejadian.

"Pihak polis meminta bantuan orang ramai dan klinik swasta supaya menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, pekerja kontrak MDKK, Abdul Rahman Husin, 29, yang mendakwa melihat mayat bayi berkenaan di dalam tong sampah ketika melakukan rutin harian memungut sampah berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya terkejut sebaik melihat mayat bayi berkenaan bersama longgokan sampah yang dibakar di dalam tong MDKK.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata ketika mahu mengiringkan tong sampah berkenaan dan seakan tidak percaya bahawa objek yang bergolek di dalamnya adalah seorang bayi cukup sifat. Ketika ditemui jam 11 pagi, ia hanya melecur pada bahagian kaki dan bara api masih ada.

Source from Berita Harian Online

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

$ue @nim said...

memg x de ati perut la org yg buang bayi tuh.. nape la di buatnye cam gini sekali.. kalu dia x nk, bg la kat org yg nk...ramai org yg x de anak nk kan anak.. mmg ptt org ni dikenakan tindakan yg amat berat...

FIeZa said...

tau xpo..aku ni lagi la bengang..nk dpt kan sorang pon susah..die senang2 dpt..g bakar plok..berat sngoti..dhla jadi kt kelate..adeiii

Hot Promo