RSS

Followers

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) - Ambilan Julai 2010

Source From MyAdha

Ni berita utk kawan-kawan yang berminat apply cikgu..Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Julai 2010 sudah diiklan pada semalam (28.02.2010). Mulai 28.02.2010, sesiapa yang berminat boleh membeli nombor pin di BSN dengan harga RM 20.60 dan permohonan dibuka mulai jam 12.oo pm. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16.03.2010.

Untuk kemasukan kali ini, pengkhusuan yang ditawarkan agak terhad. Hanya 6 IPTA sahaja yang menawarkan program ini. IPTA tersebut adalah USM (Bahasa Inggeris), UPM (Bahasa Inggeris, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian), UIAM (Bahasa Inggeris), UMS (Geografi, Bahasa Inggeris), UiTM (Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Seni, Bahasa Inggeris, Perdagangan & Keusahawan) serta UPSI (Sejarah, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Perdagangan & Keusahawan, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan/Perniagaan)

Untuk maklumat lanjut, sila layari : DPLI

PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Bayaran boleh dibuat di Kaunter, Mesin ATM atau Perbankan SMS BSN dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
Melalui mesin ATM - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN

TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 1 - 16 MAC 2010


Ujian MEdSI dan Temu duga
  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15.4.2010 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11.5.2010 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
  5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

$ue @nim said...

aku x kan lepaskan peluang keemasan ini... :D

FIeZa said...

mu apply ko? kos gapo su?
kpli mu mitok jugok ko?

Hot Promo